Jisim dan Berat

Monday 19 March 2012

Seperti mana yang kita telah pelajari di dalam kelas, cikgu akan terangkan sekali lagi apa yang dimaksudkan dengan jisim dan berat. Adalah penting untuk kita fahami bahawa jisim dan berat adalah dua kuantiti yang berbeza.


Jisim adalah kuantiti jirim yang terkandung dalam objek.

Unit SI bagi jisim: Kilogram


Berat adalah daya graviti yang bertindak ke atas sesuatu objek. Jadi, nilai berat sesuatu objek akan berubah mengikut tempat yang berlainan graviti.

Unit SI bagi berat: Newton


Contoh alat pengururan bagi jisim ialah neraca tuas dan neraca alur, manakala alat pengukuran bagi berat ialah neraca spring dan neraca mampatan.


Di sini cikgu ingin kongsikan video menarik dari YouTube yang akan membantu murid-murid untuk memahami kedua-dua kuantiti ini dengan cara yang menghiburkan.


The Mass Vs Weight Song - Mr. Edmonds -ROCK to an Oldie



0 comments:

Post a Comment